BLOG

7 PANDUAN NAK PINDAH PEJABAT TAHUN 2022

Anda pasti teruja kerana dapat berpindah pejabat ke ruang yang lebih luas dan selesa untuk syarikat anda.

Atau anda perlukan kawasan pejabat yang mudah akses. jadi, pelbagai tujuan nak pindah pejabat ke tempat baru.

Sebelum nak pindah pejabat, anda perlu pastikan beberapa perkara.

Jika anda abaikan, ia akan membuatkan anda stress dan produktiviti syarikat anda juga akan terbantut atau berkurang kerana terlampau banyak masa dibuang hanya untuk berpindah ke tempat baru.

 

7 Panduan Nak Pindah Pejabat Dengan Mudah & Pantas Pada Tahun 2022

Sebelum anda berpindah ke pejabat baru, anda perlu lakukan 7 panduan ini untuk kebaikan anda dan terutama sekali produktiviti syarikat anda.

Okay jom saya bantu anda!

4 panduan nak pindah pejabat
Proses pemindahan pejabat

1) Pastikan Anda Sudah Dapatkan Akses Sepenuhnya Ke Pejabat Baru

Kenapa perlu akses penuh ke pejabat baru?

Kerana akses ini penting sekiranya anda ada melakukan renovasi pejabat baru anda, pejabat anda perlu selamat untuk dimasuki oleh orang lain.

Apa akan jadi kalau renovasi masih belum selesai dan pekerja anda masuk ke pejabat anda?

Ditakuti akan berlaku sebarang kemalangan jiwa atau yang mencederakan orang lain.

Oleh itu, anda perlu pastikan pejabat anda selamat untuk dimasuki dan dapat akses penuh untuk pekerja anda masukkan barang-barang pejabat.

Selain itu, segala prosedur berkaitan pemindahan perlu dirancang dengan rapi dan selesaikan dokumen-dokumen penting seperti lesen terlebih dahulu.

 

2) Maklumkan Kepada Pekerja Untuk Lakukan Persediaan

Pastikan anda sebagai pihak pengurusan syarikat ataupun anda seorang boss, buat mesyuarat persiapan dahulu untuk merancang pindah pejabat lebih teratur.

Kemudian, maklumkan kepada para pekerja yang lain untuk mereka lakukan persediaan sebelum pindah ke pejabat baru.

Pastikan semua pekerja terlibat supaya perjalanan pindah pejabat akan menjadi mudah dan lancar.

Pindah Pejabat
Persediaan Untuk Pindah Pejabat

 

3) Asingkan Barang Mengikut Jenis & Masuk Ke Dalam Kotak

Kenapa perlu asingkan barang mengikut jenis?

Sebab sering menjadi masalah apabila setelah selesai proses pemindahan pejabat, tidak jumpa dokumen-dokumen penting.

Semua dokumen bercampur dan tidak disusun atur dengan rapi. Boleh mengakibatkan stress dan membantutkan produktiviti.

Jadi apa yang perlu dilakukan?

Ikut cara ini:

  1. Asingkan barang mengikut jenis: komputer, dokumen penting, alat tulis, fail, resit, dan lain-lain.
  2. Masukkan ke dalam kotak: masukkan barang-barang yang sudah diasingkan ke dalam kotak yang bersaiz besar supaya ia menjimatkan ruang dan juga bilangan kotak.
  3. labelkan kotak dengan nama barang, nombor & nama pemilik: supaya ia memudahkan anda untuk mengemas semula barang-barang tersebut dan anda tidak perlu selongkar semua kotak untuk mencari barang.
Pindah Pejabat
Panduan Nak Pindah Pejabat

 

4) Juruteknik Untuk Memindahkan Barangan Elektrik

Sekiranya anda ingin memindahkan barangan elektrik seperti pendingin hawa ( Aircond ), kipas, lampu dan sebagainya, anda perlu mencari juruteknik untuk melakukan kerja-kerja teknikal seperti pendawaian, buka di pejabat lama dan pasang semula di pejabat baru.

Kerja membuka barangan elektrik ini perlu dilakukan selepas pekerja syarikat selesai mengemas segala barang di meja masing-masing di pejabat lama. Kemudian, segera melakukan kerja pemasangan semula di pejabat baru sebelum pekerja syarikat masuk untuk melakukan aktiviti mengemas semula barang-barang mereka di tempat masing-masing.

Bagaimana nak cari juruteknik ni?

Anda boleh melakukan carian juruteknik yang berpengalaman bagi membantu anda untuk membuka barangan elektrik tersebut di pejabat lama dan pasang semula di pejabat baru.

Anda boleh melayari google untuk membuat carian berkaitan wiring electrical freelanceatau syarikat pendawaian elektrik atau syarikat penyelenggaraan penghawa dingin.

Pilih syarikat yang terbaik yang mempunyai feedback yang baik daripada pelanggan lain yang telah menggunakan servis mereka.

 

5) Selesaikan Urusan Dengan Internet Service Provider, Perkhidmatan Telefon, Akaun Media Sosial (Sekiranya ada) & Bil Air/Elektrik

Internet Service Provider

Sekiranya anda ada menggunakan Internet Service Provider, anda boleh hubungi mereka untuk dialihkan ke pejabat yang baru atau pergi ke pusat servis yang terdekat dengan anda atau anda boleh tekan link untuk tahu lebih lanjut langkah yang disediakan

Untuk UNIFI. Boleh tekan sini –> Cara Relocate WIFI

Untuk MAXIS FIBRE. Boleh tekan sini –> Maxis Fibre Internet Terms & Conditions

Untuk TIME. Boleh tekan sini –> Relocate Time Service

 

Perkhidmatan Telefon

Sekiranya anda ingin pindahkan perkhidmatan telefon ke pejabat baru anda. Anda perlu hubungi Telekom Malaysia untuk bantu anda lakukan pemindahan ke lokasi yang baru. Tekan sini –> NEW GUIDELINE TM

 

Akaun Media Sosial

Lakukan hebahan di laman sosial rasmi syarikat anda berkenaan status terkini lokasi pejabat baru anda. Tujuannya untuk mengelakkan berlaku salah faham dan menyukarkan pelanggan anda untuk berurusan dengan anda secara Walk In.

Selepas anda pindah pejabat baru. Tukar alamat di Google Business Profile syarikat anda supaya pelanggan anda akan mengetahui lokasi pejabat baru anda apabila pelanggan anda melakukan carian di Goggle Search.

 

Bil Air/Elektrik

Selesaikan tunggakkan bil air & elektrik di pejabat lama sekiranya ada untuk elakkan sebarang masalah dikemudian hari.

 

6) Makluman Kepada Klien Anda Selepas Tukar Alamat Pejabat Baru

Maklumkan kepada semua klien anda berkenaan alamat pejabat baru anda. apabila anda sudah pindah pejabat lama ke pejabat baru, urusan surat-menyurat rasmi masih berlaku pada alamat di pejabat lama.

Sekiranya anda tidak maklumkan kepada klien anda, segala surat akan dihantar ke alamat pejabat yang lama. Ini akan mengundang masalah di masa akan datang.

Jaga hubungan dengan klien anda sangat penting untuk kekalkan perniagaan anda dan menjaga nama baik syarikat anda kerana mendapat feedback yang baik daripada client anda.

 

7) Tetapkan Tarikh Pindah Pejabat

Penetapan tarikh pindah pejabat sangat penting kerana anda memerlukan tenaga kerja dan juga pengangkutan untuk memindahkan barang anda daripada pejabat lama ke pejabat baru.

Rembau Movers mempunyai pengalaman 5 tahun dalam membantu syarikat yang ingin pindah pejabat. Mereka membantu proses pemindahan daripada A – Z iaitu daripada bermulanya percuma site visit untuk mengetahui situasi dan keadaan pejabat.

Kemudian, mereka akan melakukan packing barang-barang pejabat anda dengan cepat dan teratur. Kemudian, segala set komputer di bungkus dengan rapi dan kemas dengan menggunakan Shrink wrap dan dimasukkan ke dalam kotak.

Kemudian, Segala peralatan pejabat seperti kerusi, meja dan lain-lain akan dibungkus dengan menggunakan Shrink wrap untuk mengelakkan sebarang kerosakan terhadap barang-barang tersebut.

Kemudian, semua barang akan dipindahkan ke pejabat yang baru dengan pantas dan disusun seperti yang anda mahukan.

Seronok bukan? Anda tak perlu stress dan pening kepala untuk uruskan semua proses pemindahan ini, Rembau Movers akan bantu anda buat semuanya.

Boleh tekan link ini –> Saya nak pindah pejabat

Pindah Pejabat
Wrapping Peralatan Pejabat

 

Sekian sahaja panduan nak pindah pejabat daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis panduan ini.

Harap ia membantu anda untuk pindah pejabat.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami, kami akan bantu anda menjawab segala persoalan anda berkenaan pindah pejabat.

 

Bacaan lain –> Macam Mana Nak Pindah Ke Sabah Sarawak Labuan

 

Related Posts

You Might Be Interested

Read more topics about the industry.