BLOG

MACAM MANA NAK PINDAH KE SABAH,SARAWAK,LABUAN YA?

cara pindah rumah ke sabah sarawak labuan

Cara Pindah Ke Sabah, Sarawak & Labuan

ada 7 langkah pindah ke Sabah, Sarawak & Labuan daripada semenanjung.

Langkah 1: Jangan Terburu – Buru

Jangan terburu-buru untuk pindah rumah atau pejabat atau pindahkan barang sebab nak pindah ke Sabah, Sarawak & Labuan tak sama macam kita pindah dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan.

Rancang masa dengan baik. Buat jadual Timeline untuk anda pindah.

Sebagai contoh, anda nak pindah bulan hadapan, anda ada masa sebulan sahaja untuk selesaikan proses pemindahan rumah anda. Jangan terburu-buru, rancang dengan baik masa anda, mulakan dengan kenalpasti barang anda yang perlu dipindahkan ke rumah baru sama ada pindah ke Sabah atau Sarawak atau Labuan.

Kemudian, anda hubungi kami untuk kami lakukan langkah seterusnya iaitu Site Visit  ke lokasi anda.

 

Langkah 2: Site Visit

Site visit ke rumahTeam Rembau Movers akan datang ke rumah atau pejabat anda untuk site visit atau orang panggil valuation barang.

Sebab apa? Sebab kami nak buat checklist barang dan tentukan kontena yang mana nak digunakan untuk pindahkan barang-barang anda ke Sabah, Sarawak atau Labuan.

Jap – jap, korang jangan pening kepala lagi pasal kontena mana yang nak digunakan, biar team Rembau Movers yang fikirkan.

Tapi sebagai pengetahuan, kita akan gunakan 2 saiz kontena:

  • kontena bersaiz 20 kaki
  • kontena bersaiz 40 kaki

Bergantung kepada jumlah barang rumah, saiz barang rumah dan kenderaan yang ingin di bawa (jika ada) pindah ke Sabah, Sarawak & Labuan.

 

Langkah 3: Pengesahan Tarikh Pemindahan

Selesai je site visit di rumah anda. team Rembau Movers akan maklumkan kontena yang akan digunakan untuk isi barang rumah anda (kat atas ada explain tentang kontena 20 kaki dengan 40 kaki) dan selepas tu anda boleh tentukan tarikh pemindahan anda.

Kita akan booking slot kapal dan proceed untuk tindakan selanjutnya.

 

Langkah 4: Booking Kapal

sea freight

Selepas dapat je tarikh pemindahan yang anda mahukan, team Rembau Movers akan check jadual kapal laut kargo untuk pindah ke Sabah, Sarawak & Labuan (mengikut destinasi yang diberikan ye)

Tapi – kita akan check juga tarikh kapal yang paling dekat dengan tarikh pemindahan sebab team Rembau Movers perlu hantar kontena ke port 3 hari sebelum kapal depart daripada pelabuhan, sekiranya tak dapat book kapal sebab jadual penuh dengan cepat, kita akan move kepada jadual yang lain.

Ini pun anda jangan pening, team Rembau Movers akan selesaikan untuk anda !

 

Langkah 5: Kerja Pembungkusan & Stuffing Kontena

stuffing container
barang disusun di dalam kontena

Team Rembau Movers akan plan berdasarkan tarikh pemindahan yang dah diberitahu oleh anda untuk team kita jalankan kerja – kerja pembungkusan barang, dismantle furniture dan lain-lain.

Selepas sahaja siap kerja pembungkusan barang di rumah lama, barang-barang anda (termasuk kereta jika ada) akan kita bawa ke warehouse di Pandamaran untuk kerja-kerja stuffing barang ke dalam kontena dan ada beberapa proses lain akan dibuat untuk pastikan barang anda selamat di dalam kontena

Pesanan: kontena kita tak tarik ke rumah anda tau melainkan anda yang request (hehehe)

Apa itu stuffing?

Stuffing adalah proses memasukkan barang ke dalam container. kemudian, barang tersebut akan disusun dengan rapi. Tidak boleh susun sebarangan seperti kita susun barang di rumah, ada cara susunan yang telah ditetapkan. Kemudian, selepas selesai menyusun barang di dalam kontena, barang akan diikat supaya lebih selamat untuk dihantar ke lokasi yang dituju.

boleh baca sini => ( What is container stuffing? )

 

Langkah 6: Customs Clearance at Arrival Port

Jangkaan kapal belayar dari Port Klang ke beberapa destinasi:

  1. Port Klang – Labuan Port : 7 hari
  2. Port Klang – Kuching Port : 4 hari
  3. Port Klang – Kota Kinabalu Port: 4 hari

Jadi kita menganggarkan barang akan sampai di rumah anda lebih kurang 10-14 hari dari tarikh kapal belayar dan untuk urusan pelepasan kastam di pelabuhan akan ambil masa dalam 2-3 hari sebelum barang boleh diambil dan bergantung kepada sebarang perubahan pada jadual kapal juga ya.

Kenapa sampai 2-3 hari custom clearance ni?

Ada beberapa procedure yang kita kena follow, jadi kami nasihatkan follow sahaja procedure dan jangan langgar peraturan tau ! untuk elakkan sebarang masalah seperti barang anda ditahan di pelabuhan.

 

Langkah 7: Penghantaran Barang Ke Rumah

Selesai sahaja urusan pelepasan kastam untuk barang-barang anda di pelabuhan, penghantaran barang anda akan terus dibuat tanpa sebarang kelewatan ke rumah baru anda.

 

Sekian itu sahaja 7 langkah untuk pindah ke Sabah, Sarawak & Labuan.

Sekiranya anda ada sebarang soalan berkaitan pindah ke Sabah, Sarawak & Labuan, anda boleh hubungi kami.

Atau anda boleh sahaja reply di ruangan komen dibawah untuk kami jawab soalan anda.

Baca artikel ini juga => ( 7 TIPS MUDAH PINDAH RUMAH )

Related Posts

You Might Be Interested

Read more topics about the industry.