BLOG

7 TIPS MUDAH PINDAH RUMAH

7 tips mudah pindah rumah

7 Tips Mudah Pindah Rumah

“Peningnya nak uruskan barang-barang untuk pindah rumah ni.”

“Adoi tak tahu nak mula daripada mana ni. banyak betul barang nak kemas.”

Anda ada hadapi masalah seperti di atas?

jom saya share tips mudah untuk anda pindah rumah. perkara yang anda perlu lakukan sebelum,semasa dan selepas pindah rumah.

okayy letts jomm!

TIPS #1: BARANG BESAR

Apa yang dimaksudkan barang besar ni? okay macam ni, anda lihat sekeliling rumah anda. asingkan barang besar dan barang kecil.

contoh barang besar?

  • Almari
  • Katil
  • Peti ais
  • meja
  • kabinet

Selepas asingkan barang besar dan kecil, sebagai contoh, almari baju.

Kemas dahulu baju-baju yang ada di dalam almari dan susun di dalam kotak.

kemudian selepas selesai susun baju di dalam kotak, anda tandakan di kotak tersebut untuk mudahkan anda mengenal pasti kotak baju apabila anda nak susun semula di almari baju selepas selesai proses pindah rumah.

simpan baju di dalam kotak
Simpan Baju Di Dalam Kotak

 

TIPS #2: KOTAK BESAR

Gunakan kotak bersaiz besar untuk menyimpan barang-barang anda.

Kenapa?

Supaya ada ruang yang banyak untuk anda simpan barang anda dan dapat dikumpul serta disimpan setempat supaya mudah untuk disusun semula selepas urusan pindah rumah anda.

Saiz kotak rembau movers
kotak besar yang disusun kemas

TIPS #3: SERVIS MOVER

Kemudian, anda perlukan bantuan servis mover untuk pindahkan semua barang-barang anda. apakah servis mover ni? boleh tekan sini

Kalau anda mampu untuk pindahkan kerana jarak yang dekat daripada rumah lama ke rumah baru anda, itu tiada masalah.

Bagaimana kalau jarak rumah yang jauh? Contoh, daripada Selangor berpindah ke Sabah.

Semestinya anda perlukan bantuan servis Mover seperti kami iaitu Rembau movers yang menawarkan servis pindah rumah dan pejabat ke seluruh Malaysia.

Servis pindah rumah
servis mover daripada Rembau Movers

TIPS #4: TNB & SYARIKAT AIR NEGERI

Sebelum anda tinggalkan semua kenangan anda di rumah lama, anda perlu berurusan dengan syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Pembekal Air Negeri untuk urusan pemotongan bekalan elektrik dan air.

Tetapi, Sekiranya anda merupakan penyewa di rumah tersebut, maklumkan tarikh keluar anda kepada tuan rumah supaya tuan rumah dapat melakukan proses yang sama untuk mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari.

TIPS #5: PERKHIDMATAN INTERNET

Hubungi pembekal perkhidmatan internet anda seperti Unifi untuk urusan pemindahan lokasi rumah anda. Pastikan kawasan rumah baru anda mempunyai liputan internet yang anda langgan.

Sekiranya tiada liputan internet di kawasan perumahan baru anda, hubungi pembekal internet yang anda mahukan supaya mereka dapat mengenal pasti kawasan untuk pemasangan liputan internet anda akan datang. tekan sini untuk unifi, tekan sini untuk maxis fibre.

urus unifi sebelum pindah rumah
Unifi
urus pembekal air negeri anda sebelum pindah rumah
SYABAS

TIPS #6: AMBIL CUTI MENCUKUPI

Sekiranya anda bekerja, ambil cuti yang mencukupi untuk anda buat pemantauan proses semasa pemindahan sehingga selesai proses pemindahan di rumah baru anda.

Pastikan mohon cuti seawal 2 minggu atau mengikut polisi syarikat anda untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

TIPS #7: HARI ANDA PINDAH RUMAH

Semasa hari pemindahan rumah anda, anda perlu pantau sehingga selesai proses pemindahan supaya tiada masalah yang akan dihadapi.

Tetapi sekiranya anda ambil pakej rembau movers, kami akan uruskan daripada A to Z urusan pemindahan barang rumah anda.

Kami akan buat evaluation trip, kemudian kami beri cadangan pakej yang sesuai dengan jumlah barang rumah anda, kami akan uruskan semuanya. anda hanya goyang kaki dan tunjuk-tunjuk sahaja semasa proses pemindahan.

Selepas sampai di rumah baru anda, kami akan unloading barang-barang anda dan susun barang-barang anda semula di dalam rumah.

Sekian itu sahaja tips mudah pindah rumah daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis.

Sekiranya anda berminat ingin menggunakan servis kami, Rembau Movers.

Boleh hubungi kami di sini

jumpa lagi di artikel yang selanjutnya!

Assalamualaikum semua

Related Posts

You Might Be Interested

Read more topics about the industry.