BLOG

Proses Pindah Rumah di Awal Kehamilan ada kesan pada kandungan? ini 9 langkah penting.

 

 

Proses Pindah Rumah Awal Kehamilan Beri Kesan Pada Bayi?

 

 

Proses Pindah Rumah di Awal Kehamilan ada kesan pada kandungan?

Moving to a new residence during the first three months of pregnancy is linked to a heightened risk of premature birth and low birth weight, as well as a slightly higher risk of a smaller-than-expected-size baby, according to new research from the University of Washington School of Public Health published online July 30 in the Journal of Epidemiology & Community Health.” – Jackson Holtz, Washington School Of Public Health.

Berdasarkan perenggan di atas, ia adalah kajian daripada University of Washington School of Public Health. Walaupun ia masih belum diputuskan dengan tepat adakah proses pindah rumah di awal kehamilan ada kesan pada kandungan kerana punca masih belum dapat dikenalpasti sama ada berpunca daripada stress kerana proses pemindahan rumah itu sendiri atau berlaku sebarang kecuaian yang memberi kesan kepada kandungan.

Namun, ia tetap memberi tanda amaran untuk wanita-wanita yang sedang sarat mengandung untuk lebih berhati – hati ketika melakukan proses pindah rumah.

Oleh itu, disini saya ingin kongsi 9 langkah untuk pindah rumah bagi wanita yang sarat mengandung.

 

9 Langkah Pindah Rumah Bagi Wanita Yang Sarat Mengandung

Ini adalah langkah sebelum & semasa pemindahan rumah. Tips ini dikongsikan oleh Pakar perubatan, Mover & wanita mengandung yang pernah melalui hari pindah rumah.

 

1. Dapatkan Kebenaran Doktor Sebelum Pindah Rumah

“Dapatkan pemeriksaan daripada doktor untuk ketahui anda selamat untuk terlibat secara langsung.” – Ashley Hill, M.D, Medical Director of Loch Haven OB – Gyn in Florida.

Jika Ada sebarang komplikasi seperti peningkatan risiko “Preterm Labor“, anda harus segera berhenti!

Berdasarkan National Institute for Occupational Safety and Health, perempuan mengandung yang mengangkat barang lebih daripada 1 jam, elakkan mengangkat beban lebih daripada 18 pounds sekiranya tempoh kandungan kurang daripada 20 minggu, 13 pounds sekiranya tempoh kandungan lebih daripada 20 minggu.

Oleh itu, anda disarankan jika ingin melakukan aktiviti angkat barang untuk pindah rumah, sebelum tempoh third trimester dan bawa rekod perubatan anda juga.

2. Dapatkan Bantuan Seperti Syarikat Mover

Rembau Movers
Movers Yang Boleh Membantu

Anda boleh dapatkan bantuan daripada syarikat mover. Mover akan buat proses pindah rumah anda lebih mudah.

Bermula daripada proses pack semua barang rumah sehingga selesai susun barang rumah di rumah baru anda.

Anda hanya duduk dan tunjuk sahaja barang yang nak dibawa.

Kami Rembau Movers akan bantu anda pindah rumah dengan pantas dan selamat. Kami menyediakan pakej daripada A – Z iaitu daripada pack semua barang anda sehingaa selesai susun barang rumah di rumah baru anda.

 

3. Angkat Barang Dengan Cara Yang Betul.

cara angkat barang dengan betul
Cara Angkat Barang Dengan Betul

Sangat penting untuk angkat barang dengan betul. sekiranya, anda angkat dengan cara yang salah akan memberi kesan kepada pinggang dan juga tulang belakang, sekaligus memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan.

Oleh itu, teknik ini sangat penting kerana ramai yang masih belum tahu cara yang betul.

Bagi yang sudah tahu, ia sebagai peringatan kerana penjagaan tulang belakang penting untuk kelansungan kehidupan seharian.

 

4. Rancang Tempoh Pemindahan 1 Bulan Lebih Awal.

rancang pindah rumah
rancang 1 bulan sebelum pindah rumah

Buat perancangan lebih teliti dalam tempoh 1 bulan lebih awal kerana keadaan perut yang berisi, anda perlu lakukan pengemasan dengan lebih kerap, kemas sedikit demi sedikit.

Jangan mengangkat beban yang berat seperti yang saya nyatakan sebelum ini untuk elakkan sebarang komplikasi.

Anda boleh lakukan aktiviti mengemas barang anda dengan pada waktu malam, ambil masa 1 hingga 2 jam sehari untuk mengemas sahaja.

 

5. Bawa Barang Penting Sahaja

Bawa barang yang penting sahaja ke rumah baru anda. sekiranya barang tersebut anda sudah tidak perlukan, buang sahaja.

Ia akan menjimatkan tenaga anda untuk mengemas lebih efisyen dan anda ada waktu rehat yang banyak.

 

6. Remind & Label

Anda boleh gunakan aplikasi dalam telefon pintar anda untuk anda buat reminder berkenaan tarikh pemindahan anda dan juga beberapa tarikh lain seperti anda perlukan servis mover atau servis pembersihan.

Anda boleh gunakan Google Calendar untuk anda remind tarikh-tarikh penting tersebut.

Selain itu, anda boleh guna aplikasi Notion untuk anda buat jadual pemindahan anda juga.

Anda perlu label semua kotak yang berisi barang. Contohnya, Nama barang (mainan), Tempat (Bilik 1), Nombor (1). Ini akan memudahkan anda untuk kenalpasti barang anda selepas selesai proses pindah rumah baru.

 

7. Asing Barang First Day

Asingkan barang yang anda mahu gunakan pada hari pertama anda di rumah baru terutamanya kerusi untuk anda berehat semasa mengemas barang-barang anda di rumah baru.

 

8. Hati – Hati Melalui Tangga

Turun tangga adalah salah satu pergerakan berisiko bagi wanita mengandung.

Oleh itu, anda sebaiknya elakkan daripada membawa barang semasa turun tangga, anda boleh gunakan servis mover untuk bantu anda daripada A to Z proses pindah rumah.

Kami Rembau Movers menawarkan pakej pindah rumah yang berpatutan dan terutama sekali memberi kelegaan kepada anda untuk tidak stress fikir pindah rumah.

 

9. Elak Daripada Bahan Kimia Toksik

elak bahan kimia berbahaya
Elak Bahan Kimia Berbahaya Seperti cat dinding

Sekiranya rumah baru anda ada lakukan renovasi, pastikan proses renovasi sudah selesai.

Ini untuk elakkan terhidu sebarang bahan kimia berbahaya seperti cat dinding, debu dan gam.

Ini untuk elakkan sebarang komplikasi pada kandungan anda.

 

Itu sahaja 9 langkah mudah yang saya dapat kongsikan. Saya berharap ini akan memberi manfaat kepada wanita yang sarat mengandung untuk elakkan sebarang komplikasi kepada ibu dan juga bayi.

Sekiranya anda perlukan bantuan untuk pindah rumah, kami Rembau movers ada menyediakan pakej yang berpatutan dan pantas. Kami akan lakukan proses pemindahan daripada A to Z, daripada mula pack semua barang anda sehingga unpack semua barang anda di rumah baru.

 

Terima kasih kerana sudi membaca!

 

Baca ini juga — 7 TIPS MUDAH PINDAH RUMAH

 

Rujukan:

  1. website Washington School of Public Health / https://sph.washington.edu/news-events/news/house-move-during-early-pregnancy-linked-heightened-premature-birth-risk
  2. Parents.com / https://www.parents.com/pregnancy/my-body/is-it-safe/moving-homes-when-youre-pregnant-tips-for-doing-it-safely/

 

Related Posts

You Might Be Interested

Read more topics about the industry.