BLOG

8 TIPS PINDAH RUMAH BERSAMA ANAK BULUS ANDA

Tips Pindah Rumah Bersama Si Bulus Anda
Anak Kucing

 

Anda adalah pemilik kucing?

Anda nak pindah rumah?

Anda mencari tips pindah rumah bersama si bulus anda?

Anda wajib baca artikel ini.

Apabila anda ingin pindah rumah, anda perlukan langkah berhati-hati kerana kucing bersifat Teritorial.

Sifat ini menjadikan makhluk ini suka menghabiskan masa di dalam persekitaran atau circle mereka sendiri.

Sekiranya, anda ingin pindah ke rumah baru. Kucing memerlukan masa untuk beradaptasi dengan persekitaran baru sehingga memerlukan sokongan anda sebagai “parent” mereka untuk mereka.

Jadi saya nak kongsikan tips pindah rumah bersama anak bulus anda.

 

Tips Pindah Rumah Bersama Anak Bulus Anda

Tips ini adalah fleksibel kerana setiap kucing mempunyai behaviour  yang berbeza tetapi kebanyakkan kucing akan lebih selamat sekiranya anda buat tips ini.

Semasa Pindah Rumah:

#1: Kucing Dalam Keadaan Selamat

Pastikan kucing anda dalam keadaan selamat dahulu ketika hendak pindah rumah.

Sekiranya anda ada menggunakan servis House Mover, anda perlu pastikan kucing anda berada di tempat selamat supaya memudahkan kerja-kerja House Mover.

Sebaiknya, letakkan kucing anda di dalam sangkar atau di dalam bilik yang kosong.

 

#2: Persekitaran Kucing Yang Selamat

Sekiranya kucing anda diletakkan di dalam sebuah bilik kosong.

Pastikan persekitaran kucing anda selamat daripada sebarang benda atau haiwan yang berbahaya seperti benda-benda tajam dan haiwan berbisa.

Pastikan pintu dan tingkap ditutup untuk mengelakkan kucing anda “lari rumah”.

Kenapa perlu persekitaran yang selamat?

Ditakuti bunyi-bunyi bising atau kehadiran orang-orang asing membuatkan kucing anda rasa terancam dan bertindak agresif.

tips pindah rumah bersama si bulus anda

Setakat ini, tips pindah rumah ini okay? Jom teruskan!

 

#3: Pastikan Kucing Selesa Sepanjang Perjalanan

Setelah selesai proses pemindahan barang anda naik ke lori daripada rumah lama, anda boleh mula untuk mengemas keperluan kucing anda untuk dibawa sekali bersama pindah ke rumah baru.

https://www.traditionrolex.com/50

Pastikan Kucing anda selesa bersama anda di dalam kenderaan, pastikan anda sediakan snek yang boleh membuatkan kucing anda tenang sepanjang perjalanan.

Sekiranya kucing anda bertindak agresif ketika berada di dalam kenderaan, anda boleh masukkan kucing anda di dalam Cat Carrier, Ada pelbagai saiz dan pastikan kucing anda selesa dan ada ruang untuk kucing anda bergerak.

 

Tips Pindah rumah yang seterusnya!

 

#4: Masukkan Perabot Di Kawasan Utama Kucing Dahulu

Sekiranya anda pemilik kucing, sebaiknya anda ada mengekalkan perabot lama seperti sofa kerana kucing mempunyai daya ingatan dan daya bau yang kuat.

Kucing akan membuat marking pada perabot anda.

Oleh itu, setelah anda mula untuk unloading barang anda di rumah baru.

Anda perlu masukkan perabot anda di kawasan yang anda mahu letakkan kucing anda dahulu.

Supaya kucing anda dapat mengesan bau yang mereka marking di perabot anda dan dapat mengelakkan mereka rasa terancam dan tidak selesa.

Setelah mereka mula rasa selesa, sediakan makanan, minuman dan litter box untuk kucing anda.

Anda boleh mula mengemas segala barang-barang anda di rumah baru.

tips pindah rumah bersama si bulus anda
Cat Marking Their Teritory

Setelah selesai pindah rumah, ini tips pindah rumah yang penting untuk si bulus anda:

#5: Bawa Kucing Anda Melihat Kawasan Baru

Setelah selesai urusan pindah rumah anda, anda sudah selesai mengemas dan menyusun barangan anda.

Anda boleh mula memperkenalkan kucing anda dengan persekitaran rumah baru anda.

Bawa mereka ke seluruh ruang di rumah anda, pantau keadaan mereka sehingga mereka rasa selesa dan selamat dengan suasana rumah yang baru.

Kebarangkalian ia akan mengambil masa bergantung kepada kucing anda.

Setiap kucing mempunyai behaviour yang berbeza-beza.

 

#6: Jangan Memaksa Kucing

Jangan memaksa kucing anda untuk tukar rutin harian mereka mengikut jadual kehidupan anda di rumah baru.

Latih dan beri mereka masa untuk sesuaikan diri mereka dengan rutin anda.

Kucing juga mempunyai hati dan perasaan seperti manusia.

 

#7: Pastikan Persekitaran Cat-Friendly

Pastikan persekitaran rumah anda selamat daripada benda-benda tajam dan haiwan berbahaya atau berbisa seperti pisau dan sarang lebah.

 

Tips pindah rumah yang terakhir setelah selesai proses pindah rumah anda:

#8: Reward Kucing Anda

Reward kucing anda dengan snek kegemaran mereka. Ia adalah salah satu cara untuk tenangkan mereka dan ucapkan tahniah kerana berjaya mengharungi hari-hari yang sukar bagi mereka.

tips pindah rumah bersama si bulus anda
Kucing Enjoy makan Snek

Sekian itu sahaja tips pindah rumah bersama si bulus anda.

Harap ia memberi manfaat untuk anda.

Kalau anda rasa bermanfaat, boleh sebarkan untuk semua dapat manfaat.

Terima Kasih.

( Bacaan lain => Tips Mudah Pindah Rumah )

Related Posts

You Might Be Interested

Read more topics about the industry.