Cara Hantar Kereta Ke Sabah Sarawak Tahun 2022
Perkara yang paling merunsingkan apabila nak pindah rumah atas sebab kerja dan juga sebab-sebab lain ialah macam mana nak hantar sekali kereta sendiri ni?
Ada ke cara nak hantar kereta ke Sabah Sarawak?
Haa jom saya tunjukkan cara nak hantar kereta ke Sabah Sarawak.
2 Cara Hantar Kereta Ke Sabah Sarawak
Sebelum anda merancang untuk hantar kereta anda ke Sabah Sarawak.
Anda perlu tahu cara yang digunakan untuk hantar kereta.
2 Cara hantar kereta ke Sabah Sarawak ialah:
- Gunakan Kontainer
- Gunakan Kapal RoRo ( Roll-in, Roll-out )
Apakah yang membezakan 2 cara ini?
Semestinya dari segi kos dan kelebihan ruang.
Perkara | Kontainer | Kapal RoRo |
Kos | Tinggi | Rendah |
Ruang | 1 kereta: Boleh masukkan sekali dengan barang rumah atau peribadi.
2 kereta: Muat untuk kereta sahaja. |
Terhad hanya kenderaan.
Boleh masukkan barang peribadi tapi itu dibawah tanggungjawab anda sendiri sekiranya berlaku kehilangan. |
Kenapa Saya tak boleh masukkan sekali barang saya ke dalam kereta apabila gunakan servis kapal RoRo?
Kerana kemungkinan barang hilang adalah tinggi. Sudah berlaku banyak kes kehilangan barang berharga.
Oleh itu, saya nasihatkan jika ingin menghantar kereta bersama barang-barang lain, anda boleh gunakan servis kontainer. Lebih selamat dan anda tak risau barang anda hilang.
4 Jenis Penghantaran Kereta Ke Sabah Sarawak
- Port to Port: (penghantaran antara pelabuhan)
- Door to Door: (ambil dari rumah & hantar ke destinasi akhir)
- Door to Port: (ambil dari rumah & hantar ke pelabuhan)
- Port to Door: (dari pelabuhan & hantar ke destinasi akhir)
Dokumen yang diperlukan:
- Salinan kad pengenalan ( IC ) depan & belakang.
- Salinan geran kenderaan depan & belakang.
- Salinan insurans kenderaan. ( Sekiranya sudah selesai bayar hutang kenderaan dengan bank )
- Salinan Release Letter daripada bank. ( Sekiranya kenderaan masih berhutang dengan bank )
Harga Hantar Kereta Ke Sabah Sarawak
Harga untuk hantar kereta ke Sabah Sarawak berbeza mengikut jarak daripada port ke port dan jenis kereta anda.
Untuk pertanyaan berkenaan harga, anda boleh dapatkan FREE QUOTATION di sini => Get Free Quotation Now
Itu sahaja penerangan daripada saya berkenaan cara hantar kereta ke Sabah Sarawak.
Sekiranya, anda ingin hantar kereta ke Sabah Sarawak, team kami boleh bantu anda.
Anda boleh hubungi team kami di sini => Rembau movers Team
Sekian, Terima kasih.
Bacaan menarik => Cara pindah ke Sabah, Sarawak & Labuan
Gallery