BLOG

6 TIPS MUDAH PENJAGAAN PERABOT KAYU

6 Tips Mudah Penjagaan Perabot Kayu
6 Tips Mudah Penjagaan Perabot Kayu

 

“baru beli setahun dah nampak buruk perabot aku ni.”

“takkan la tiap tahun nak kena beli perabot baru. membazir la.”

Anda pernah dengar atau alami situasi seperti di atas?

Meh saya kongsikan cara mudah penjagaan perabot kayu.

Lettss jomm!

 

6 Tips Mudah Penjagaan Perabot Kayu

tips yang saya ingin kongsikan ini adalah antara tips mudah kerana kos yang murah dan bahan yang mudah dicari untuk penjagaan perabot kayu.

 

Tips 1: Bersihkan Debu, habuk & kotoran

Permukaan kayu sinonim dengan debu, habuk & kotoran. Apabila sudah lama dibiarkan tanpa dibersikan, akan mula datang kesemua benda ini melekat pada permukaan perabot kayu anda.

Oleh itu, kerap bersihkan debu, habuk & kotoran pada permukaan perabot. Gunakan kain yang kering dan lembut untuk mengelakkan permukaan kayu basah dan mengakibatkan permukaan mengembung.

 

Tips 2: Elakkan Sinaran Matahari secara langsung

Elakkan perabot kayu terkena sinaran cahaya matahari untuk elakkan warna kayu menjadi pudar, tidak menarik dan permukaan kayu lekang.

Letakkan perabot anda di kawasan yang teduh atau berbumbung.

Contohnya, anda letakkan kerusi kayu anda di kawasan tidak berbumbung untuk dijadikan tempat bersantai-santai.

Anda tambah dengan bumbung atau jadikan kawasan itu redup untuk menjaga kualiti perabot kayu anda.

6 tips mudah penjagaan perabot kayu
kerusi kayu dibawah sinaran matahari

Tips 3: Jangan Letakkan Barang Yang Panas & lembab tanpa alas

Elakkan meletakkan barang yang panas & lembab di atas meja kayu anda tanpa ada alas sebagai penebat.

Sekiranya anda meletakkan barang yang panas seperti cerek panas mendidih, pastikan alas dengan kain atau sesuatu yang tebal supaya permukaan perabot kayu anda terlindung daripada terkena kepanasan secara terus.

 

Okay! anda dapat sesuatu setakat ini dengan tips penjagaan perabot kayu? jom teruskan dengan tips seterusnya.

 

Tips 4: Gunakan Pengilat Kayu sebagai agen Penjagaan Perabot kayu anda

Gunakan pengilat kayu untuk menjaga kualiti dan warna kayu agar kelihatan berseri dan cantik.

Di mana boleh saya dapatkan pengilat kayu?

Anda boleh dapatkan di kedai hardware seperti DIY ataupun boleh beli sahaja di shopee (tekan sini)

6 cara penjagaan perabot kayu
Gunakan berus untuk kilatkan kayu

Tips 5: Gunakan Uncang Teh untuk bersihkan pengilat lama

Apabila anda kerap menggunakan pengilat kayu, ia akan mengubah keaslian warna kayu. Oleh itu, gunakan uncang teh sebagai penyelesaiannya.

Serbuk teh mempunyai Asid Tanik berfungsi sebagai agen pembersihan pengilat lama dan ia boleh mencantikkan perabot anda juga.

https://www.traditionrolex.com/49

Bagaimana caranya?

  1. Bancuh uncang teh dengan menggunakan air panas.
  2. Biarkan air teh sejuk untuk elakkan air panas menjadikan permukaan kayu lekang dan berbekas.
  3. Lap permukaan kayu dengan menggunakan kain yang lembut.
6 tips mudah penjagaan perabot kayu
Air teh

Tips 6: Gunakan Campuran Sabun Pencuci & Air Panas

Kadangkala ada kotoran degil yang susah untuk dihilangkan dengan hanya menggunakan kain lap biasa.

Oleh itu, gunakan Sabun pencuci cecair atau serbuk & dibancuh dengan air yang panas.

Selepas membersihkan kotoran pada permukaan kayu. pastikan lap semula dengan kain yang kering dan lembut untuk penjagaan perabot kayu anda.

 

Sekian daripada saya tips mudah penjagaan perabot kayu anda.

Sekiranya ada sebarang soalan berkaitan topik ini dan juga topik berkaitan pindah rumah, boleh ajukan dibawah.

Terima kasih daun keladi, Harap kita berjumpa lagi di episod akan datang.

Bye!

( Artikel lain boleh dibaca: 7 TIPS MUDAH PINDAH RUMAH )

Related Posts

You Might Be Interested

Read more topics about the industry.