BLOG

4 TIPS PILIH LORI SEWA YANG SESUAI

4 tips pilih lori sewa yang sesuai

“apa saiz lori yang sesuai untuk pindah barang rumah saya ni ya?”

“macam banyak ni barang nak pindah, lori 3 tan ke 5 tan ni??”

Mesti ni antara soalan yang anda selalu fikir, betul tak? ini memang antara masalah utama bila nak pindah rumah.

lori yang sesuai untuk kita pindah rumah.

saya nak kongsi 4 tips pilih lori sewa yang sesuai untuk pindah rumah.

lettss jomm!

4 Tips Pilih Lori Sewa Yang Sesuai

anda wajib baca tips ni untuk elakkan barang anda tak muat masuk lori.

Tips #1: Kenalpasti Keperluan

Selidik barang yang anda nak pindahkan daripada rumah lama ke rumah baru anda. Anggarkan berapa muatan diperlukan atau bertanya pada yang pakar seperti kami Rembau Movers. 

Rembau Movers boleh membantu anda mengenal pasti saiz lori sewa yang sesuai untuk pindahkan barang-barang anda. boleh tekan sini

 

Tips #2: Pilih Jenis Lori Yang Sesuai

Ada 2 jenis lori sewa untuk pindah barang rumah.

  1. Lori yang berpagar
  2. Lori bonded

Lori yang berpagar

  • Lori yang hanya terbuka di bahagian atas. apabila digunakan untuk pindah barang, akan ditutup dengan kanvas.
lori berpagar
Lori Berpagar

Lori bonded

  • Lori yang bertutup. saya sarankan gunakan lori jenis bonded untuk keselamatan barang-barang anda ketika dipindahkan ke rumah baru.
  • https://www.high-endrolex.com/2

Servis pindah rumah
Lori Bonded

 

Tips #3: Pilih Saiz Lori Yang Sesuai

Ada 3 saiz lori sewa yang sesuai untuk pindah rumah.

1) Lori 1 tan

  • Sesuai untuk anda gunakan pindah bilik atau rumah bersaiz studio.
Lori 1 Tan Rembau Movers
Lori 1 tan

2) Lori 3 tan

  • Sesuai untuk anda gunakan pindah rumah bersaiz sederhana seperti rumah pangsa atau apartment yang mempunyai barang yang kuantiti sederhana.
Lori 3 Tan Rembau Movers
Lori 3 tan

3) Lori 5 tan

  • Sesuai untuk anda gunakan pindah rumah bersaiz besar seperti rumah banglo atau rumah teres 2 tingkat.
Lori 5 tan Rembau Movers
Lori 5 tan

Tips #4: Cari Syarikat Mover

Anda perlu cari syarikat mover yang dipercayai dan mudah berurusan. Dipercayai bermaksud mempunyai review yang baik daripada pelanggan lama mereka. Buat sedikit penyelidikan di internet. Cari mover yang mudah berurusan dengan anda supaya anda tak pening kepala sekiranya pada hari pemindahan mover tersebut senyap tanpa khabar.

Anda risau nak cari mover dipercayai dan mudah berurusan?

Kini takk lagii!

Anda boleh percayakan kami, Rembau Movers yang mempunyai review yang baik.

Ini antara review daripada pelanggan kami yang terkenal iaitu Ustaz Syamsul Debat. Boleh lihat Instagram Rembau Movers di sini untuk review- review yang lain dan aktiviti kami. jemput tengok!

Baca sekali ( 8 SERVIS PINDAH BARANG REMBAU MOVERS )

Related Posts

You Might Be Interested

Read more topics about the industry.