Pindah rumah ni adalah suatu proses yang memenatkan dan stress. Banyak barang yang perlu dikemas dan banyak benda perlu difikirkan.
Tetapi pindah rumah jadi tidak memenatkan sekiranya anda tahu caranya.
6 Tips Elak Stress Pindah Rumah
Tips elak stress pindah rumah ini anda perlu buat sebelum dan semasa proses pindah rumah sedang berjalan.
Tips elak stress pindah rumah ini sedikit sebanyak membantu anda mengurangkan stress ketika proses pemindahan ke rumah baru.
Buat Senarai Barang
Senaraikan semua barang yang anda perlu bawa ke rumah baru. Lebih sistematik sekiranya anda senaraikan mengikut kawasan dalam rumah anda.
Contoh:
- Bilik tidur
- Dapur
- Ruang tamu
Senarai ini membantu anda untuk mengenal pasti jumlah barang yang perlu anda bawa dan lori saiz apa yang sesuai untuk digunakan semasa hari pemindahan nanti.
Sediakan Bahan Untuk Pack Barang
Ketika proses pemindahan nanti, banyak kotak akan digunakan untuk pack barang-barang anda.
Anda perlu sediakan kotak yang secukupnya, lebih tidak mengapa, asalkan tidak kurang.
Label & Catat
Pastikan semua kotak yang berisi barang anda dilabel dengan baik mengikut kawasan dalam rumah anda.
Sebagai contoh, anda boleh tulis seperti ini, Baju ( Master Bedroom).
Lakukan label barang ini disetiap kotak yang anda ingin bawa ke rumah baru.
Kerana ia akan memudahkan anda untuk mencari semula barang-barang anda.
Lakukan “Sorting Process“
Sorting Process ini sangat penting untuk anda kerana ia akan menjimatkan masa dan tenaga anda ketika lakukan proses pindah rumah.
Sekiranya barang yang sudah tidak boleh digunakan dan tidak sesuai lagi anda gunakan. Barang-barang tersebut tiada dalam senarai barang yang perlu anda bawa ke rumah baru, lakukan seperti dibawah.
Anda boleh derma kepada orang lain atau jual dengan harga yang murah kepada orang lain.
Anda juga akan untung kerana dapat jimatkan ruang dan dapat sedikit wang untuk kegunaan anda di rumah baru nanti.
Mula Lebih Awal & Lakukan Sikit Demi Sedikit
Mulakan proses mengemas seawal mungkin, supaya anda tidak tergesa-gesa dan mengakibatkan anda tersilap langkah seperti tersilap label kotak berisi barang anda.
Apabila sudah mula lebih awal, lakukan sikit demi sedikit untuk memudahkan anda urus waktu dengan lebih baik.
Minta Bantuan Orang Lain
Anda boleh minta bantuan ahli keluarga anda untuk mengemas rumah anda sekiranya ada.
Sekiranya anda hanya sebuah keluarga kecil, anda boleh minta bantuan Mover seperti kami.
Kami, Rembau Movers boleh membantu anda lakukan proses pindah rumah lebih cepat dan selamat. Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan. Ramai pelanggan kami berpuas hati dengan servis kami.
Kami boleh lakukan proses pindah rumah daripada A-Z, anda hanya perlu pantau sahaja dan tunjukkan di mana barang perlu diletakkan.
Best kan?
Sekiranya Anda berminat, boleh tekan sini untuk dapatkan FREE QUOTATION.
Sekian itu sahaja 6 tips elak stress pindah rumah.
Saya berharap tips elak stress pindah rumah ni membantu anda untuk proses pindah rumah anda nanti.
Sekiranya anda ada sebarang persoalan, boleh ajukan kepada kami.
Teriima kasih sudi membaca!
(BACA INI JUGA — TIPS PILIH LORI SEWA YANG SESUAI )