Point 1 – Jangan Terburu – Buru
Jangan terburu-buru sebab nak pindah ke Sabah, Sarawak & Labuan tak sama macam kita pindah dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, Faham ke faham point 1?
Point 2 – Site Visit
Team Rembau Movers akan datang ke rumah atau pejabat anda untuk site visit atau orang panggil valuation barang. Sebab apa? Sebab kita nak buat checklist barang dan tentukan kontena yang mana nak kena pakai
Jap – jap, korang jangan pening kepala lagi pasal kontena mana yang nak kena pakai, biar team Rembau Movers yang fikirkan
Tapi sebagai pengetahuan, kita akan gunakan kontena 20 kaki atau kontena 40 kaki bergantung kepada jumlah barang rumah dan kenderaan yang ingin di bawa. Faham ke faham point 2?
Point 3 – Pengesahan Tarikh Pemindahan
Selesai je site visit kat rumah dan team Rembau Movers akan maklumkan kontena yang akan digunakan (kat atas ada explain tentang kontena 20 kaki dengan 40 kaki) dan selepas tu anda boleh tentukan tarikh pemindahan.
Kita akan booking slot dan proceed untuk tindakan selanjutnya. Faham ke faham point 3?
Point 4 – Booking Kapal
Dapat je tarikh pemindahan, team Rembau Movers akan check jadual kapal ke Sabah, Sarawak & Labuan (mengikut destinasi yang diberikan ye)
Tapi – kita akan check juga tarikh kapal yang paling dekat dengan tarikh pemindahan sebab team Rembau Movers kena submit kontena ke port 3 hari sebelum kapal depart, sekiranya tak sempat kita akan move kepada jadual yang lain
Ini pun anda jangan pening, team Rembau Movers akan settlekan ! Faham ke faham point 4?
Point 5 – Kerja – Kerja Pembungkusan & Stuffing Kontena
Team Rembau Movers akan plan berdasarkan tarikh pemindahan yang dah diberitahu untuk team kita jalankan kerja – kerja pembungkusan barang, dismantle furniture dan lain-lain
Lepas je siap kat rumah lama, barang-barang (termasuk kereta jika ada) akan kita bawa ke warehouse di Pandamaran untuk kerja-kerja stuffing barang ke dalam kontena dan ada beberapa proses lain akan dibuat untuk pastikan barang anda selamat di dalam kontena
Pesanan: kontena kita tak tarik ke rumah anda tau melainkan anda yang request (hehehe)
Point 6 – Custom Clearance at Arrival Port
Estimate kapal belayar dari Port Klang ke beberapa destinasi:
- Port Klang – Labuan Port : 7 hari
- Port Klang – Kuching Port : 4 hari
- Port Klang – Kota Kinabalu Port: 4 hari
Jadi kita menganggarkan barang akan sampai di rumah anda lebih kurang 10-14 hari dari tarikh kapal belayar dan untuk urusan pelepasan kastam di pelabuhan akan ambil masa dalam 2-3 hari sebelum barang boleh diambil dan subject to sebarang perubahan pada jadual kapal juga ye
Kenapa sampai 2-3 hari custom clearance? Ada beberapa procedure yang kita kena follow, jadi kami nasihatkan follow je procedure dan jangan langgar peraturan tau !
Faham ke faham point 6?
Point 7 – Penghantaran Barang Ke Rumah
Selesai je urusan pelepasan kastam untuk barang barang anda, penghantaran akan terus dibuat tanpa sebarang kelewatan