Banjir yang berlaku di Dunia terutamanya di Malaysia, hampir setiap tahun berlaku.
Tetapi apakah persediaan yang kita boleh lakukan untuk menghadapi banjir ini? selain daripada langkah kerajaan dalam menangani masalah ini, sebagai rakyat, kita perlu melakukan sesuatu untuk keselamatan diri dan keluarga kita.
3 Langkah Persediaan Menghadapi Banjir
Ada 3 tempoh persediaan yang perlu dibuat untuk menghadapi banjir iaitu sebelum, semasa & selepas.
Persediaan ini hanya sebagai langkah berjaga-jaga sahaja, sekiranya ada sebarang penambahan & cadangan baik untuk menghadapi banjir, anda boleh komen dibawah.
Sebelum Bencana Berlaku:
Persiapan sebelum berlaku bencana adalah sangat penting kerana bencana alam ini masih belum berlaku dan jangkaan telah pun dikhabarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia untuk persediaan.
1) Bersiap sedia untuk berpindah (patuh dengan arahan daripada pihak berkuasa)
Peka dengan berita dan keadaan semasa di kawasan rumah anda. Sekiranya hujan berterusan, anda sudah mula untuk bersiap sedia untuk pindah.
Kerana bencana ini tidak mengenal waktu, bila sampai masa, air akan cepat naik apabila hujan turun dengan lebat.
Oleh itu, sentiasa peka dengan situasi di kawasan rumah anda terutamanya kawasan anda merupakan kawasan berpotensi tinggi untuk dilanda banjir.
2) Sediakan power bank ketika kecemasan
Power bank sangat penting sekarang terutamanya sekarang merupakan zaman teknologi canggih. Ia memudahkan kita untuk cas smartphone kita semasa bekalan elektrik sudah terputus.
https://www.traditionrolex.com/43
Smartphone digunakan untuk berhubung dengan pihak berkuasa dan juga orang yang anda kenali untuk mohon bantuan.
Anda beli power bank yang berkapasiti besar supaya lebih tahan lama dan ramai boleh menggunakannya.
3) Sediakan peralatan kecemasan secukupnya.
Peralatan kecemasan yang asas seperti didalam gambar. Ini adalah peralatan kecemasan asas sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tak diinginkan.
Peralatan tersebut ialah:
- bandages
- Gauze roll and pads
- Instant cold pack
- Elastic bandages
- Emergency blanket
- Thermometer
- Adhesive tape
- First aid manual
- Safety pins
- Triangular bandage
- Antiseptic wipes
- Gloves
- Scissors
- Tweezers
- Emergency contact information / medical information for family members
4) Pastikan lokasi pusat pemindahan & pusat bantuan terdekat
Kenalpasti lokasi pusat pemindahan berdekatan. Dapatkan contact pusat untuk persediaan sekiranya keadaan tidak terkawal dan anda dapat hubungi pusat pemindahan untuk bantuan.
Sekiranya pusat pemindahan & bantuan tidak dapat dikenalpasti, boleh cari atau hubungi pihak berkuasa yang berkaitan untuk dapatkan info semasa yang sahih.
Elakkan guna dan sebar maklumat yang anda sendiri tidak pasti kesahihannya untuk elakkan kekeliruan pada masyarakat.
5) Simpan air bersih untuk kegunaan mandi & minum
Anda boleh simpan air bersih di dalam bekas bertutup untuk persediaan anda sekiranya bekalan air terputus atau anda terperangkap dalam jangka masa tertentu sebelum diselamatkan ke pusat pemindahan.
Simpan bekalan air secukupnya dan jimat menggunakan air sementara menunggu bencana reda atau anda dipindahkan ke pusat pemindahan.
Sekiranya bekalan air semakin berkurangan nanti, anda perlu bersedia untuk menghubungi pihak berkuasa untuk pindah ke pusat pemindahan.
6) Simpan dokumen penting, barang berharga ke dalam bekas kalis air
Dokumen penting seperti kad pengenalan, dokumen berkaitan diri & harta. Anda boleh bawa sekali dokumen dan barang berharga anda ke pusat pemindahan untuk elakkan semuanya hanyut dibawa arus banjir.
Untuk lebih selamat dan cepat, anda boleh gunakan fail yang kalis air sebagai medium penyimpanan dokumen penting anda. Sekiranya bencana berlaku, anda boleh sepantas kilat mengambil fail tersebut dan bergerak keluar atau pindah ke pusat pemindahan.
Semasa Bencana Berlaku:
Persiapan semasa banjir adalah sangat penting kerana bencana sedang berlaku, perlu berhati – hati supaya tiada kehilangan nyawa akibat bencana.
1) Jangan kembali ke rumah tanpa arahan pihak berkuasa
Sekiranya anda sudah berada di pusat pemindahan sementara, jangan ke rumah semula atau kawasan banjir. Ini untuk elakkan daripada anda lemas ketika diperjalanan atau anda bertemu binatang buas seperti buaya.
Anda perlu berhubung dengan pihak berkuasa sekiranya anda sangat-sangat memerlukan untuk ke rumah anda semula atau ke kawasan yang dilanda bencana, biar pihak berkuasa yang melakukan kerja mereka kerana mereka mempunyai peralatan yang mencukupi.
2) Sentiasa mengikuti perkembangan semasa banjir
Gunakan smartphone anda dan berhati-hati membaca sebarang berita daripada sosial media. Semak dahulu sebelum sebar dan ikuti berita sahih di saluran yang betul.
Ingat! Semak dahulu sebelum sebar. Sekiranya anda menyebarkan berita yang tidak betul, anda bakal dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, sekiranya berita palsu tersebar akan mengundang bahaya pada keselamatan awam.
Contohnya, anda sebarkan ada tempat pemindahan lain selain yang sedia ada di sumber yang sahih, ini akan mengundang bahaya kepada mereka yang berdekatan di kawasan tersebut.
3) Awasi kanak-kanak dan elakkan daripada bermain air banjir
Ini untuk elakkan sebarang kejadian yang tak diingini seperti lemas. Selain itu, untuk elakkan daripada terkena penyakit berjangkit daripada air tercemar.
Kanak-kanak mempunyai imunisasi badan yang rendah dan mudah dijangkiti penyakit. Orang dewasa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa bencana.
Sekiranya tidak dibendung sehingga terkena jangkitan penyakit, keperluan perubatan dan akses kepada rawatan sangat terhad ketika bencana berlaku.
4) Elak sentuh barang elektrik
Sekiranya anda tersangkut di kawasan rumah anda kerana tidak sempat berpindah. Elak sentuh barang elektrik di rumah anda yang terkena banjir untuk elakkan anda terkena renjatan elektrik.
Utamakan nyawa anda dahulu berbanding keselesaan anda. Nyawa kita hanya ada 1 sahaja. Ingatlah orang yang tersayang.
5) Minum air masak atau air berbungkus
Minum air yang sudah dimasak atau air berbungkus seperti air botol mineral. Jangan minum air banjir.
Terdapat banyak bakteria daripada air yang tidak dimasak dengan betul. Sekiranya anda minum air tak dimasak atau anda minum air banjir, kemungkinan besar anda akan terkena sakit perut dan cirit birit.
Jadi, sediakan air masak secukupnya sebelum banjir berlaku sekiranya anda tersangkut di rumah anda.
6) Jika terdapat risiko banjir kilat di lokasi anda, segera pindah
Sekiranya rumah anda sudah mula dinaiki air, segera berpindah ke pusat pemindahan. Jangan tunggu air naik di paras tertentu, baru anda nak pindah.
Tanda-tanda lokasi atau rumah anda akan terkena banjir kilat ialah hujan lebat yang berterusan melebihi separuh hari. Selain itu, kawasan anda adalah rendah dan mudah dinaiki air.
Selepas Bencana Berhenti:
Pasca banjir? apa yang perlu anda lakukan?
1) Jangan hampiri wayar atau tali elektrik yang putus/jatuh
Jangan hampiri, apatah lagi pegang dengan tangan yang tidak berlapik. Hubungi bomba atau JPAM untuk bantu anda alihkan. Dikhuatiri akan ada sebarang kemalangan akibat renjatan elektrik.
Jangan bertindak terlalu berani, ditakuti anda akan kehilangan nyawa atau cedera akibat tindakan anda.
2) Elakkan makan makanan terdedah
Sekiranya terdapat makanan diatas meja makan rumah anda semasa banjir berlaku. jangan makan! buang segera.
Makanan yang tededah berisiko menyebabkan keracunan makanan.
Keracunan makanan boleh membawa maut.
3) Elakkan terdedah pada banjir supaya hindar daripada penyakit berjangkit
jangan bermain air banjir walaupun air tersebut jernih. Ditakuti air tersebut sudah tercemar.
Apatah lagi anda minum air tersebut. Sangat bahaya!
4) Periksa tangki septik, elak bahaya biologi
Hubungi pihak tertentu untuk periksa tangki septik rumah anda untuk elak sebarang bahaya biologi.
Jangan bertindak sendirian sekiranya anda ingin periksa tangki septik rumah anda.
5) Buang makanan yang rosak termasuk tin yang tenggelam banjir
Walaupun makanan bertutup & juga berbungkus seperti mee segera. Sekiranya tededah dengan banjir, tolong buang juga.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk elakkan sebarang keracunan makanan.
6) Berhati-hati ketika masuk ke rumah anda & pakai kasut
Pakai kasut tapak tebal seperti kasut pua chu kang (sekiranya ada). Ini sebagai langkah berhati-hati untuk elak terpijak benda tajam ataupun pijak lumpur tebal yang licin dan berbahaya.
Sekiranya anda tidak mempunyai kasut tebal, berhati-hati memasuki rumah anda.
Sekian itu sahaja tips persediaan sebelum, semasa & selepas banjir daripada min. Min harap banjir ini tidak menjejaskan anda dan berharap ada tindakan lanjut daripada pihak berkuasa untuk selesaikan masalah banjir ini pada masa akan datang.
( anda boleh baca ini juga => 16 Helpful Moving Tips People Wish To Know Earlier )