BLOG

4 CARA BUNGKUS BARANG DENGAN BETUL

CARA BUNGKUS BARANG DENGAN BETUL

Cara bungkus barang ni adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan barang anda.

Jika tidak dilakukan dengan betul dan bahan yang berkualiti, barang anda mungkin akan rosak, pecah, dan sebagainya.

 

#1 Gunakan Bubble Wrap

Bubble Wrap

Gunakan bubble wrap untuk melindungi perabot anda daripada rosak dan calar.

Bubble wrap ada 2 jenis lapisan (layer) iaitu;

  1. Single Layer
  2. Double Layer

Gunakan bubble wrap Double Layer kerana lebih tebal untuk dapatkan lebih perlindungan barang anda terutamanya perabot kayu jati.

Sekurang-kurangnya 1 lapisan pada perabot anda dan maksimumnya adalah mengikut bajet anda.

Bubble wrap ini, anda boleh beli di Shopee, Lazada.

 

#2 Ruang Di Dalam Kotak

newspaper ream

Jika pembungkusan untuk barangan kaca, pastikan anda selitkan surat khabar untuk mengisi kekosongan di dalam kotak.

Caranya adalah, anda gumpalkan dengan tebal surat khabar tersebut kemudian anda masukkan di celah-celah antara barangan kaca.

cara bungkus barang kaca ini penting untuk mengelakkan barangan kaca tersebut bergerak dan berlanggar antara satu sama lain.

Walaupun anda bungkus barang kaca tersebut dengan newspaper ream, ini sebagai langkah untuk meningkatkan perlindungan barang anda.

 

#3 Label Barang/Kotak Dengan Pelekat Fragile

pelekat fragile

Pelekat fragile dapat meningkatkan tahap keselamatan barang.

Sekiranya barang di dalam kotak adalah barang yang mudah pecah atau rosak.

Selepas anda mengisi ruang di dalam kotak dengan surat khabar, anda boleh letakkan pelekat fragile di permukaan luar kotak untuk memberikan tanda bahawa kotak itu mempunyai barang mudah pecah atau rosak.

Pelekat fragile ini boleh didapati di kedai hardware seperti Mr.DIY.

 

#4 Gunakan Sellotape Untuk Seal Kotak

gunakan sellotape

Seal kotak dengan menggunakan sellotape untuk mengelakkan barang anda terkeluar daripada kotak.

jangan biarkan kotak anda tidak seal atau terdedah, ia akan mendatangkan risiko lain kepada anda dan orang lain.

Utamakan keselamatan semasa melakukan aktiviti bungkus barang ini.

Anda mampu mengubahnya.

 

Sekian itu sahaja daripada saya.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis. Semoga ia memberi manfaat kepada anda yang membaca.

 

(Boleh baca ini juga — 6 Tips Elak Stress Pindah Rumah)

 

Related Posts

You Might Be Interested

Read more topics about the industry.